Anugerah dan Pencapaian

Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Penaga dan kerjasama dari Pusat Inovasi, Latihan Dan Multimedia Penaga serta JKKKP Penaga telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records atas Tayangan Serentak '1957~Hati Malaya' yang ditayangkan seluruh negara pada 12hb Oktober 2008 yang lalu. Majlis penyerahan sijil telah disampaikan oleh YB Dato' Hj. Azhar Bin Ibrahim dan disaksikan oleh Pegawai dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Pengurus Pusat Inovasi, Latihan dan Multimedia Penaga, En. Ab Majid Bin Othman.


Sedikit info...

Biro Tatanegara selaku Jawatankuasa Pemupukan Semangat Patriotisme telah menganjurkan tayangan filem 1957 Hati Malaya, sebagai pengisian kepada program Semangat Merdeka. Program ini telah dilancarkan pada 19 Ogos 2008 di Alamanda, Putrajaya. Manakala majlis penutup program ialah pada 15 Oktober 2008. Tayangan filem Hati Malaya dilakukan secara serentak di seluruh negara pada 12 Oktober 2008. Tujuan tayangan ini adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan sejarah mengenai peranan orang-orang Melayu di dalam menuntut kemerdekaan negara kepada anak-anak muda. Program ini telah tercatat dalam "The Malaysia Book Of Records".