Rabu, 23 Jun 2010

Sejarah Penaga


Cerita Dahulu kala....Nama Penaga berasal daripada sejenis pokok yang terdapat di kawasan itu.Pokok Penaga merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Mesua aff. assamica (King et Prain) Kosterm.


Pokok Penaga


Nama Lain: Iron wood tree,mesua naghas(perancis),nagkesara(india dan sanskrit).
Pengelasan saintifik Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Famili: Clusiaceae
Genus: Mesua
Spesies: M. aff. assamica
Asal: India

Keterangan:
Merupakan sejenis pokok dengan batang yang berwarna coklat pucat. bahagian dalam kulit batangnya mengandungi resin yang berwarna jernih.Pucuknya berwarna merah dan daunnya berwarna hijau. daunnya berbentuk ringkas dengan saiz 6.5-12 X 1.5-4 cm.Bunganya berwarna putih dan berbau wangi.

Kegunaan:
Di burma bunganya digunakan sebagai penawar gigitan ular berbisa.Manakala dinegara ini bunganya digunakan untuk mengembalikan kecergasan selepas proses bersalin.Bijinya yang telah ditumbuk, ataupun minyak yang diperah dari bijinya digunakan menyembuhkan luka dan merawat jangkitan kulit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan